fbpx

Aksi dua lelaki curi kelapa berjaya dirakam CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV yang memaparkan dua lelaki sedang memunggah buah kelapa ke dalam 'boot' kereta jenis Proton Saga BLM.

PETALING JAYA – Tindakan dua lelaki mencuri buah kelapa di sebuah kawasan perumahan mengundang kecaman orang ramai apabila perbuatan mereka itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).

Rakaman berdurasi 55 saat itu kemudiannya tular di laman Facebook Aku Budak Kluang selepas ia dimuat naik semalam.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan dua lelaki sedang memunggah buah kelapa masuk ke dalam ‘boot’ kereta jenis Proton Saga BLM.

Menurut Aku Budak Kluang itu, kejadian tersebut dirakam berdekatan rumahya di Taman Lian Seng, Kluang petang kelmarin.

“Kecurian kelapa depan rumah saya di taman Lianseng, pada 18-8-2021 jam lebih kurang 2.23pm. Nombor plate kereta DBW 9885 Proton Saga BLM warna putih,” tulisnya di Facebook.

Susulan rakaman tular itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan dua lelaki itu dan mereka mahu pihak berkuasa menjejaki kedua-dua penjenayah tersebut.

“Apa benda la kelapa pun jadi, kerja la cari duit, orang susah payah cari kerja cari duit, kamu sedap je mencuri. Badan sihat cukup sifat tak ada cacat cela,” tulis Nabilahuda Md Hasnuddin.

Turut meninggalkan komen seorang lagi pengguna dikenali sebagai Khu.

“Report (lapor) pada polis, bagi meringkuk dalam penjara sebab kelapa,” katanya. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI