fbpx

Netizen tegur aurat pusat Aedy Ashraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN gambar 'mengundang' Aedy dalam Instagram yang memaparkan dirinya tampil tidak berbaju.

JARANG hendak mendengar kisah si kacak Aedy Ashraf dalam media sosial. Senang cakap memang dia antara pelakon lelaki yang jarang dilanda kontroversi murahan.

Cuma baru-baru ini entah kenapa dua keping foto dalam Instagramnya menjadi bualan hangat netizen.

Hasil ‘siasatan’ Mizz Lahar, rupa-rupanya Aedy memuat naik dua keping foto dia tidak berbaju dan menampakkan tubuh badannya yang semakin kekar.

Kalau ada foto begitu, netizen cepat saja bertukar menjadi ustaz dan ustazah ‘segera’.

Ramai menegur tindakan Aedy memuat naik foto menampakkan bahagian pusatnya yang merupakan sebahagian daripada aurat seorang lelaki.

“Semakin hari, aurat sudah tidak bermakna lagi.

“Abang, pusat itu aurat lah, tutuplah dulu,” tegur seorang pengikut Instagramnya.

Bagus juga mereka yang menegur kerana tidak menggunakan bahasa kasar. Apa pun, semoga semua selebriti lebih berhati-hati berkongsi foto untuk tatapan ramai selepas ini ya.

MIZZ LAHAR: Seronok juga melihat Nabila Huda mengacarakan program Melodi. Jadi diri sendiri dan tidak meniru mana-mana hos sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI