fbpx

Aguero tawar hati dengan Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGUERO (kanan) sudah mahu berhijrah walaupun baru sahaja menyertai Barcelona secara percuma daripada City tiga bulan lalu. – AFP

BARCELONA – Penyerang Barcelona, Sergio Aguero dilaporkan sudah merancang untuk ber­hijrah meninggalkan pasukan itu meskipun baru menyertai jaguh La Liga berkenaan secara percuma daripada Manchester City tiga bulan lalu.

Meskipun sudah berusia 33 tahun tetapi ‘saham’ Aguero tetap tinggi apabila menerima pelbagai tawaran menarik di Eropah terutama dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Chelsea.

Bagaimanapun, Aguero memilih untuk mengikat kontrak selama dua tahun bersama The Catalan semata-mata mahu bergandingan dengan rakan karibnya yang juga kapten skuad antarabangsa Argentina, Lionel Messi.

Kekecewaan jelas terpancar di wajah Aguero apabila krisis kewangan yang dihadapi Barcelona menyaksikan Messi mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontraknya dan berhijrah menyertai Paris Saint-Germain baru-baru ini.

Menurut Phil Kitromilides dalam siaran ‘podcast’ Football Espana, penyampai La LigaTV itu mendedahkan, Aguero kini mengintai peluang berkelana ke Liga Major Amerika Syarikat (MLS) dalam jendela perpindahan kedua pada Januari tahun depan.

Penyerang prolifik Argentina itu didakwa sudah tawar hati untuk terus menyarung jersi Barcelona meskipun ketua jurulatih kelab berkenaan, Ronald Koeman telahpun mendaftar namanya untuk beraksi dalam saingan La Liga musim ini.

Begitupun, Aguero dijangka tidak beraksi dalam tempoh terdekat kerana dia masih lagi menjalani proses pemulihan terhadap kecederaan betis dialaminya ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI