fbpx
Pesawat pengangkut ringan tentera Rusia terhempas dan meletup di Kubinka, semalam. - Twitter

Tiga maut pesawat ringan Rusia terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Sebuah pesawat pengangkut tentera ringan Rusia terhempas semasa penerbangan ujian dan membunuh ketiga-tiga anak kapal yang berada di dalamnya.

Gambar yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan dan dikongsi di media sosial menunjukkan pesawat prototaip Il-112 terbakar sebelum jatuh ke tanah dan meletup.

Kejadian itu berlaku semasa pendekatan terakhir untuk mendarat di dekat lapangan terbang Kubinka di luar Moscow, kata perkhidmatan akhbar United Aircraft Corporation (OAK).

OAK kemudian mengatakan bahawa ketiga-tiga anggota kru telah meninggal dunia.

“Menurut maklumat dari tempat kemalangan IL-112, tidak ada mangsa yang terselamat,” tulis OAK  di Twitter.

Syarikat itu bagaimanapun tidak memberikan maklumat lebih lanjut.

Pihak berkuasa Rusia mengatakan dalam satu kenyataan bahawa siasatan jenayah telah dilancarkan atas pelanggaran langkah keselamatan.

Ia menambah bahawa pemeriksaan terhadap lokasi nahas sedang dilakukan.

Pangkalan udara Kubinka, yang terletak kira-kira 63 kilometer di sebelah barat Moscow sepatutnya mengadakan pameran ketenteraan besar pada hujung minggu ini. – AFP

POPULAR