fbpx

Produktiviti buruh suku kedua 2021 meningkat berbanding setahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Produktiviti buruh negara bagi suku kedua tahun ini meningkat 13.6 peratus berbanding suku-suku tahun sebelumnya.

Ia peningkatan pertama direkodkan selepas lima suku tahun sebelum ini mengalami penurunan bermula tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, produktiviti buruh negara yang diukur dari segi nilai ditambah per pekerja meningkat kepada RM22,513 per pekerja pada suku kedua berbanding  RM22,117 per pekerja pada suku pertama dengan peningkatan 13.6 peratus.

Beliau berkata, peningkatan ketara itu berikutan asas nilai yang lebih rendah dicatatkan pada tahun lalu iaitu negatif 16.1 peratus.

“Produktiviti buruh mengikut nilai ditambah per pekerja bagi semua sektor ekonomi mencatatkan pertumbuhan dua digit pada suku ini kecuali sektor pertanian.

“Produktiviti buruh sektor pembinaan meningkat kepada 37.6 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding negatif 8.2 peratus pada suku tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi menerusi kenyataan akhbar mengenai Laporan Produktiviti Buruh, Suku Kedua 2021 dikeluarkan hari ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI