fbpx

Lebih 2,000 penduduk Manjoi divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada penduduk Manjoi, Ipoh yang terlibat pada program outreach vaksinasi.

IPOH – Seramai 2,350 penduduk tiga kampung dalam Gugusan Manjoi menjalani Program Vaksin Outreach’ di Dewan Serbaguna Sungai Tapah di sini.

Antaranya Kampung Dato Ahmad Said, Kampung Sungai Tapah dan Jelapang Baru yang sebelum ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan (PKPD).

Program pemberian vaksin ini dikelolakan Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JKPP) Gugusa Manjoi.

Ahli Jawatankuasa JPKK Manjoi, Hasanudin Jiran berkata, seramai 64 sukarelawan terlibat bagi membantu kelancaran proses pemberian vaksin.

Katanya, program dua hari itu turut membabitkan Pejabat Daerah, Penghulu Mukim, Rela dan Pasaraya Maidin Manjoi serta Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI).

“Penduduk memang ternanti-nanti untuk menerima vaksin. Pengalaman dikenakan PKPD menyebabkan kami mahu merasa lebih selamat,” ujarnya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Ulu Kinta kawasan Ipoh, Sulaiman Mahmud, gembira program berjaya dilaksanakan walaupun dalam tempoh singkat.

Katanya, program di Gugusan Manjoi itu ditangguhkan untuk memberi ruang ia dijalankan di Klebang Restu terlebih dahulu.

“Kami menerima tempoh singkat bagi program ini tetapi syukur ia berjaya juga dilaksanakan.

“Ia hasil usaha gigih JKPP kampung terlibat,” katanya.

Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Azizul Kama Abdul Aziz yang turut hadir meninjau perjalanan program mahu program outreach diperluaskan.

Katanya, program itu antara inisiatif kerajaan menerusi kerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri Perak bagi melengkapkan vaksinasi.

“Ia sewajarnya diteruskan lagi kerana memudahkan komuniti setempat,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI