fbpx

Kawalan pandemik, vaksinasi berjalan lancar seperti dirancang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pelaksanaan kawalan pandemik dan vaksinasi di seluruh negara tetap berterusan dan berjalan lancar seperti dirancang biarpun berlaku perubahan dalam tampuk pemerintahan negara.

Buat masa ini, dua kementerian penting iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedia memastikan Malaysia mencapai perlindungan imuniti kelompok seperti disasarkan Oktober ini.

Menerusi kenyataan akhbar bersama, KKM dan MOSTI memaklumkan, peratusan populasi dewasa Malaysia lengkap divaksinasi sudah mencapai 47.2 peratus manakala lebih 73 peratus menerima suntikan dos pertama setakat 16 Ogos lalu.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak lebih 28 juta dos suntikan telah diberikan di negara ini malah, momentum kadar pemberian vaksinasi negara juga kekal konsisten dan terus melepasi 500,000 suntikan sehari.

“Selepas mengambil kira penjadualan bekalan penghantaran vaksin pada bulan ini, lebih 40 peratus populasi dewasa Malaysia akan lengkap dua dos menjelang akhir bulan ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, setakat 16 Ogos lalu, empat negeri iaitu Sarawak, Negeri Sembilan, Perlis dan Melaka serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Lembah Klang telah mencapai nilai ambang itu.

“Lima negeri telah mencapai kadar 30 hingga 39 peratus iaitu Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Pahang dan Kedah mananala, Kelantan, Johor dan Sabah pula berada dalam kategori 20 hingga 29 peratus,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI