fbpx

Jenazah Covid-19 tidak perlu tayammun kalau berisiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Urusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19. - Gambar hiasan.

KLANG – Jenazah Covid-19 bagi masyarakat Islam di Selangor tidak perlu melalui proses tayammun sekiranya mendatangkan risiko kepada petugas

Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir berkata, ini berdasarkan fatwa dikeluarkan pada 11 Ogos lalu selepas diperkenankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam pengurusan jenazah Covid-19.

“Sekiranya jenazah Covid-19 pada pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) boleh memberikan risiko untuk dimandikan dan ditayammun secara fizikal, maka gugur kewajipan tersebut.

“Hanya perlu dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. Keputusan risiko itu ditentukan oleh jabatan forensik bagi setiap hospital-hospital masing-masing di Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau hadir menyaksikan penyerahan set peralatan perlindungan diri (PPE) pengurusan jenazah Covid-19 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Masjid Jamek Ar-Rahimiah di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, isu-isu berkaitan pengurusan jenazah Covid-19 telah berjaya diselesaikan termasuk caj berkaitan.

Ujarnya, pihaknya telah mengambilalih pengurusan itu selepas mengetahui timbulnya pemasalahan tersebut.

“Pada saya, semua sudah selesai dan membangkitkan isu itu tanpa maklumat yang tepat akan mengkucar-kacirkan keadaan sahaja.

“JAIS sebenarnya hanya mengambil (pengurusan jenazah Covid-19) di Klang sahaja dan empat lagi hospital semuanya dibawah pemantauan kita dan berjalan lancar. Kita turut menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama namun perlu mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI