fbpx

Penduduk Felda Jenderak Utara kena PKPD  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lebih 3,300 penduduk di Felda Jenderak Utara di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis hingga 1 September ini iaitu  lokaliti terletak di Kuala Krau, Daerah Temerloh.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, ia berpunca kluster keagamaan daripada seorang warga tempatan berusia 56 tahun dari Felda Jengka 25, yang positif Covid-19 pada 7 Ogos lalu dan kemudian menjangkiti 60 orang.

Skim tanah rancangan persekutuan itu sudah pun dilaksanakan PKPD sejak 12 Ogos lalu disebabkan Kluster Lorong Baiduri daripada penduduk yang bekerja di Daerah Maran.

“Satu lagi lokaliti di negeri tersebut yang turut dikenakan PKPD ialah di Ladang Selbourne, Mukim Gua, Daerah Lipis dan selebihnya sembilan lokaliti di Sabah antaranya Taman Ria Height, Tawau; Kompleks Baiduri Ayu, Felda Sahabat 9, Lahad Datu dan Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1, Beluran.

“Juga di Beverly Hills Fasa 3 dan Regency Park, Penampang; Kampung Kuala Abai dan Kampung Payas-Payas, Kota Belud serta Kampung Iburu dan Kampung Meligan, Sipitang,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI