fbpx

Negara akan terus ditadbir dengan baik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesyuarat khas KSU kementerian dan ketua perkhidmatan kerajaan bersama KSN pagi ini.

PUTRAJAYA – Negara akan terus ditadbir dengan baik melalui komitmen tidak berbelah bahagi penjawat awam di seluruh negara.

Itu jaminan diberikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perhidmatan, secara maya pagi tadi.

Mohd. Zuki berkata, komitmen itu membabitkan semua sektor termasuk keselamatan, pertahanan, kesihatan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Beliau berkata, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan akan sentiasa memastikan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat tidak terjejas.

“Setiap kementerian dan agensi perlu terus memberikan tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi dan mempergiat pelaksanaan dasar-dasar sedia ada demi kelangsungan hidup rakyat dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, beliau dan seluruh kepimpinan perkhidmatan awam lain akan terus teguh bekerja sehabis baik memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan dalam situasi semasa yang mencabar ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI