KENINGAU – Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh rakannya secara tidak sengaja ketika mereka pergi berburu di kawasan kebun Kampung Sunsuron, Tambunan kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa yang berusia 20 tahun itu maut di lokasi kejadian dengan beberapa kesan tembakan pada bahagian tubuh.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, sebelum kejadian mangsa dan suspek berusia 25 tahun melakukan aktiviti berburu di kawasan terbabit.
“Suspek dipercayai tertembak mangsa ketika memburu hingga mengakibatkan mangsa cedera pada bahagian lengan dan badan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tambunan untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, Shahrudin memaklumkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau menahan suspek pada hari yang sama selepas bertindak atas maklumat diterima. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














