fbpx

Kematian Covid-19 lepasi 13,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara merekodkan kes kematian Covid-19 melepasi 13,000 dengan 13,077 kes, iaitu pertambahan sebanyak 293 kes kematian melibatkan 251 warga Malaysia dan 42 warga asing.

Kes kematian baharu itu terdiri daripada 162 lelaki dan 131 wanita dengan 44 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), manakala sebanyak 249 kes mempunyai sejarah penyakit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 305 kes (1.6 peratus) daripada jumlah kes hari ini adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, sebanyak 19,326 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

Beliau berkata, secara keseluruhan, 16,638 kes (84.75 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi dengan sebanyak 78 kes kategori lima dengan 63 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan sebanyak 60 kes kategori empat dengan 49 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Kategori tiga dengan 167 kes iaitu 140 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi, sebanyak 9,975 kes kategori dua dengan 8,362 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 9,351 kes kategori satu dengan 8,024 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI