fbpx

IPT kawasan PKPD diberi kelonggaran – MQA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Mohammad Shatar Sabran.

CYBERJAYA – Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan membuat perubahan terhadap keperluan jam pembelajaran pelajar sekurang-kurangnya 70 ke 80 peratus, bergantung kesesuaian bidang program sebagai memenuhi keperluan kredit.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, kelonggaran itu diberikan dengan syarat IPT yang berkenaan melengkapkan kesemua komponen body of knowledge (BoK) termasuk penilaian berdasarkan keperluan hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu terpakai untuk semester yang terkesan akibat arahan PKPD atau situasi kecemasan yang diumumkan pihak berkuasa dengan IPT boleh menyediakan aktiviti pengukuhan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kompetensi pelajar terhadap topik atau kursus tertentu setelah keadaan mengizinkan.

“Bagi aspek penilaian pelajar pula, IPT boleh mengubah suai penilaian kursus merangkumi penilaian berterusan dan penilaian akhir yang dijajarkan dengan hasil pembelajaran ditetapkan seterusnya memastikan aspek validity, reliability dan fairness dipelihara semasa penilaian dilaksanakan.

“Pengubahsuaian penilaian perlu mengambil kira kekerapan penilaian selaras situasi semasa pelajar,” katanya ketika mengulas Advisory Note No 5/2021 mengenai Fleksibliti Pengendalian Program Pendidikan Tinggi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan MQA hari ini.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI