fbpx

‘Terima kasih abah, banyak bantuan kami rasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara sokongan dinyatakan orang ramai di media sosial.

PETALING JAYA – Sesi perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi digambarkan sebagai penuh beremosi apabila nada suara Ahli Parlimen Pagoh itu kedengaran sayu seterusnya mengundang sebak dalam kalangan rakyat.

Perutusan itu yang turut dipancarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasminya bukan sahaja menyentuh hati orang ramai malah turut mendapat pelbagai reaksi susulan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Antara reaksi diberikan rakyat ialah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Muhyiddin berikutan sumbangan dan kasih sayang dicurahkan kepada rakyat sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada Mac tahun lalu.

“Terima kasih abah, PM yang terbaik buat rakyat Malaysia, lepas ini kita kena pilih ahli politik yang terbaik,” jelas Shahrizan Shafie.

“Walaupun sekejap tetapi amat istimewa, tidak akan dilupakan,” ucap Maisarah Saufi.

“Terima kasih abah, banyak bantuan kami rasa, tidak pernah minta kami sebagai rakyat untuk ikat perut,” kata Rezza Amin.

“Terima kasih TSMY, daripada komen di sini kami dapat melihat betapa baiknya kamu daripada pandangan rakyat,” ucap Dhiya Muttamainnah.

Terdahulu, Muhyiddin mengesahkan beliau telah menyerahkan warkah peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pukul 12.30 tengah hari tadi.

Menurutnya, peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan peletakan jawatan seluruh Jemaah Menteri itu dibuat di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan disebabkan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI