fbpx

Tangkap ikan siakap seberat 20kg dalam tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan empat lelaki bertungkus-lumus mengeluarkan ikan siakap yang tersangkut pada jala dalam tali air di Semanggol, Perak baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kegembiraan sekumpulan kaki pancing di Semanggol, Perak yang berjaya menangkap seekor ikan siakap putih tular di aplikasi perkongsian video TikTok sejak semalam.

Klip video berdurasi 31 saat yang dimuat naik pemilik akaun bernama Udin 4676 itu memaparkan empat lelaki yang kelihatan bersusah-payah mengeluarkan ikan yang tersangkut pada pukat sebelum tiga daripada mereka mengusung ikan itu naik ke daratan.

Video yang ditonton lebih sejuta kali dan dikongsi lebih 2,000 kali turut menunjukkan ikan yang dikatakan seberat 20 kilogram (kg) itu menggelepar setelah diletakkan di atas jalan.

Ikan siakap putih seberat 20kg tersangkut di pukat yang ditahan di tali air Gunung Semanggol, Perak baru-baru ini.

Lebih melucukan terdengar sorakan yang mengatakan ‘ambil Israel’ dengan pemilik video mengatakan mereka terlalu teruja hingga tersasul menyebut perkataan tersebut.

“Besar sungguh. Sampai Israel pun terkeluar,” komen pemilik akaun bernama @azmanisham.

“Dapat seekor macam hendak pergi berperang,” ulas Din.

Kebanyakan pengguna media sosial kagum dengan saiz ikan tersebut dan berangan-angan untuk menangkap ikan seumpama itu.

“Lepaskan semula ikan itu kerana menganggu ekosistem dan boleh menyebabkan kepupusan. Tetapi kalau sudah lepas kongsi lokasi ya,” komen seorang pengguna.

“Jarang dapat jumpa ikan sebegitu dalam tali air. Tapi kalau Tasik Kenyir atau Beris memang ada siakap. Orang kata isi siakap tawar tidak sesedap siakap air masin,” ulas UmamYu TokGajah.

Lokasi tali air tersebut dikatakan menjadi tumpuan kaki pancing dan penangkap ikan yang datang untuk mencuba nasib selepas video itu tersebut tersebar dalam pelbagai jenis platform media sosial.

Menurut laman web umpan.com ikan siakap mempunyai toleransi salitini atau sifat kemasinan air yang sangat tinggi sehingga membuatkan ia mampu hidup dalam keadaan air masin atau air tawar. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI