fbpx
IMEJ baharu Izara Aishah yang mencuri perhatian ketika ini.

‘Doakan saya, kongsi mana saya boleh beli tudung labuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Kongsikan gambar-gambar khimar (tudung labuh) yang boleh saya beli.”

Demikian coretan terbaharu pelakon jelita, Izara Aishah atau nama lengkapnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin yang memberi inspirasi kepada ramai terutama golongan Muslimah apabila memuat naik penampilan bertudung labuh semalam.

Menerusi satu ciapan ringkas dalam Twitter, Izara, 29, turut mengharapkan doa daripada orang ramai. Ciapnya: “Terima kasih. Dan, terima kasih atas doa-doa kalian.”

Ciapan berkenaan mendapat reaksi positif ramai netizen yang rata-rata mendoakan agar isteri kepada anak tiri kepada penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid itu istiqamah dengan hijrahnya.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan mereka yang mencadangkan kepada Izara kedai-kedai online menarik untuk mendapatkan khimar atau tudung labuh.

TANGKAP layar ciapan Izara Aishah menerusi Twitter.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan, ibu kepada Irisa Alaia itu bertindak memadam semua foto yang memaparkan dirinya tidak bertudung dari laman Instagram miliknya.

Izara turut berkongsi beberapa keping gambar terbaharu dirinya bertudung labuh, sekali gus memberi bayangan dirinya sudah bertudung penuh.

Aktres J Revolusi itu bagaimanapun menutup ruangan komen dan tidak meninggalkan sebarang kapsyen pada foto yang dimuat naik. – K! ONLINE

POPULAR