fbpx

Wanita tidak tertarik dengan lelaki miliki ramai sahabat perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang memiliki ramai rakan wanita menjadikan dia kelihatan seperti mempunyai banyak pilihan teman wanita. – Shutterstock

VICTORIA, AUSTRALIA – Satu kajian mendapati  lelaki yang mempunyai ramai kenalan wanita dilihat kurang menarik bagi kebanyakan wanita lain, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ini kerana keadaan itu akan menjadikan seseorang lelaki tersebut kelihatan seperti mempunyai banyak pilihan teman wanita.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Monash itu mendedahkan, situasi itu seterusnya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wanita bahawa golongan tersebut berkemungkinan sukar untuk dihampiri dan 40 peratus kurang menarik.

Selain itu, lelaki yang sering dilihat mempunyai ramai rakan wanita turut dianggap kurang mempunyai rasa rendah diri.

“Seorang lelaki yang memberitahu bahawa dia mempunyai ramai rakan wanita dianggap sombong.

“Selain itu, lelaki yang mendakwa bahawa dia mempunyai bilangan rakan wanita yang ramai turut dianggap seperti melebih-lebihkan cerita. 

“Ini seterusya membawa kepada syak wasangka dan rasa tidak percaya,” kata penyelidik kajian tersebut, Dr. Ryan Anderson.

Dalam pada itu, kajian  sama turut mendapati, wanita yang mempunyai ramai rakan lelaki dilihat kurang menarik pada mata lelaki.

Selain itu, meskipun mempunyai rakan berlainan jantina dianggap sebagai satu faktor yang mengurangkan daya tarikan seseorang, penyelidik mendapati perkara sama turut berlaku jika individu memiliki rakan yang terlalu sedikit.

 Wanita yang mempunyai bilangan rakan lelaki yang amat sedikit dianggap tujuh peratus kurang menarik dalam kalangan lelaki. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN