fbpx

232 termometer tiruan dijual online dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian termometer yang dirampas penguat kuasa KPDNHEP dalam dua serbuan berasingan di Klang dan Bukit Jalil, baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kegiatan segelintir peniaga menjual termometer dipercayai tiruan secara dalam talian terbongkar selepas pihak berkuasa menyerbu dua lokasi di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur seterusnya merampas 232 unit alat tersebut bernilai RM25,720.

Operasi oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor dan Putrajaya itu dilakukan di sebuah rumah di Klang pada 5 Ogos dan di sebuah gudang di Bukit Jalil pada 10 Ogos lepas.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Operasi, Shamsul Nizam Khalil berkata, kedua-dua operasi itu dijalankan hasil maklumat dan aduan daripada wakil pemilik cap dagang berdaftar yang mengesan terdapat peniaga menjual termometer disyaki tiruan secara dalam talian.

“Modus operandi peniaga ini dengan mengiklankan termometer menggunakan jenama popular di pasaran dengan harga lebih murah bagi menarik minat pembeli,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam operasi itu, sebanyak 166 termometer jenama terkenal disyaki tiruan diramoas di premis kediaman di Klang dan 66 unit lagi di gudang di Bukit Jalil. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI