fbpx

KKM tambah lebih 500 ambulans tampung kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang memuktamadkan perolehan sebanyak 490 buah ambulans menerusi tender terbuka sebagai usaha menampung keperluan perkhidmatan susulan peningkatan kes Covid-19 di Lembah Klang.

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah berkata, pihak kementerian juga dalam proses rundingan bagi melaksanakan penyewaan 100 buah ambulans untuk tempoh lebih panjang di antara enam hingga setahun sebagai usaha menampung kekurangan ambulans sedia ada.

“Selain itu, KKM juga mengubah suai kenderaan van dengan dibekalkan peralatan perubatan minimum seperti silinder oksigen bagi membolehkan kenderaan van ini digunakan untuk membawa pesakit ke pusat kuarantin risiko dan rawatan Covid-19 serta hospital.

“Langkah ini diharapkan dapat membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa dan mengurangkan kadar kematian brought-in-dead (BID),” katanya dalam sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman.

Sementara itu, Mohd. Syafiq berkata, KKM juga akan memohon peruntukan tambahan RM50 juta daripada Kementerian Kewangan bagi perolehan ubat Baricitinib serta ubat-ubatan lain seperti ubat Tocilizumab, Injection Methylprednisolone dan Enoxaparin untuk perawatan Covid-19.

Beliau berkata, KKM telah membuat perolehan 62 item ubat-ubatan dengan anggaran nilai kontrak sebanyak RM610.7 juta telah dibuat sejak tahun 2019. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI