fbpx

Honor lancar siri Magic3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jenama teknologi global, Honor semalam melancarkan siri Honor Magic3, peranti telefon pintar mercu yang didatangkan bersama teknologi premium dan reka bentuk canggih, menggunakan sistem Android 11 serta menyokong perkhidmatan Google Play.

Terdapat tiga varian ditawarkan terdiri daripada Magic3, Magic3 Pro dan Magic3 Pro+ yang mana ketiga-tiganya menggunakan cip pemprosesan terbaharu daripada Snapdragon, iaitu Snapdragon 888+.

Model tersebut akan dipasarkan di China terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran-pasaran lain seluruh dunia.

Honor Magic3 ditawarkan pada harga 899 euro (RM4,463), Magic3 Pro berharga 1,099 euro (RM5,453) manakala Magic3 Pro+ dijual pada 1,499 euro (RM7,441).

Ketua Pegawai Eksekutif Honor Device Co, Ltd., George Zhao berkata, pihaknya sentiasa mengetengahkan idea paling inovatif syarikat menerusi siri Honor Magic dan Honor Magic3 telah meneruskan legasi tersebut.

Zhao pada sesi pelancaran siri Honor Magic3 semalam.

“Ia mewakili visi Honor tentang masa depan teknologi mudah alih dan kami berbangga dengan kerjasama erat bersama pemain utama industri dalam pembangunan peranti ini, selain usaha berterusan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memperkenalkan semula jenama Honor di pasaran global,” katanya dalam sesi pelancaran yang diadakan secara maya semalam.

Menurut Zhao, selepas keluar daripada Huawei pada November tahun lalu, pihaknya memiliki pelan untuk meneruskan pengembangan syarikat dan meneruskan komitmen menyediakan khidmat pelanggan terbaik serta menawarkan produk berkualiti tinggi.

“Tenaga kerja HONOR yang baharu terdiri daripada hampir 10,000 pekerja yang merangkumi keseluruhan spektrum operasi perniagaan dari hujung ke hujung.

“Honor telah banyak melabur dalam R&D dengan pembukaan empat pusat R&D dan lebih 100 makmal di seluruh dunia, mengemukakan lebih daripada 5,500 permohonan paten baharu serta menjalin kerjasama strategik dengan pembekal utama global.

“Dalam tempoh tiga bulan, penguasaan pasaran Honor di China telah meningkat daripada tiga peratus kepada 14.6 peratus dan kejayaan ini mendorong cita-cita kami untuk meningkatkan penguasaan dalam pasaran global,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI