fbpx

Penghulu derma darah buat kali ke-100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMSARI Mohamad menunjukkan buku rekod menderma darah dan sijil penghargaan yang diperoleh daripada Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban selepas menderma darah sebanyak 100 kali.

SEREMBAN – Seorang penghulu mahu menjadikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-51, sesuatu yang istimewa apabila dia menderma darah buat kali ke-100 kelmarin.

Penghulu Mukim Port Dickson, Jamsari Mohamad, dia telah menderma darah selama 20 tahun sempena sambutan hari lahirnya pada 18 Ogos ini, dia nekad untuk menderma darah buat kali ke 100.

“Saya mula menderma darah sewaktu umur 18 tahun ketika bekerja sebagai Pembantu Jualan D’mart Felda Lui Timur, Jempol.

“Selepas itu, saya bertugas sebagai Pengurus D’mart di Felda Ciku 7, Jelai 2 dan terakhir di Felda Ciku 6, Gua Musang, Kelantan dan hanya mampu menderma sebanyak lapan kali kerana lokasi agak jauh untuk menderma darah.

“Selepas saya pulang ke Nilai saya memastikan saya menderma darah sebanyak enam kali setahun,” katanya kepada Kosmo! selepas menderma darah kali ke 100 di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dekat sini kelmarin.

Jamsari yang merupakan penderma darah jenis 0+ berkata, dia menyumbangkan sebanyak 450 milimeter darah setiap kali menderma.

“Sepatutnya saya akan menderma pada 18 Ogos ini sempena tarikh kelahiran saya namun, terpaksa diawalkan kerana dihubungi pihak tabung darah yang memaklumkan bekalan agak berkurangan,” katanya yang tidak mempunyai sebarang penyakit.

Menurutnya, dia mahu menderma sebanyak 150 kali menjelang usia 60 tahun. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI