fbpx

25 syarikat hilang hak lesen minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Sebanyak 25 buah syarikat telah digantung dan ditarik balik kuota melibatkan barang kawalan minyak
masak selepas terbabit dengan penyelewengan barang kawalan dan subsidi meliputi minyak masak dan gas petroleum cecair (LPG).

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Operasi, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Shamsul Nizam  Khalil berkata, tindakan itu adalah usaha komited membanteras aktiviti penyelewengan serta ketirisan barang kawalan dan bersubsidi.

Katanya, ia juga sebagai langkah pencegahan serta peringatan kepada syarikat-syarikat pembungkus dan pemborong supaya tidak terlibat dalam kes seumpama itu.

“Kesungguhan menguatkuasakan, undang-undang, KPDNHEP juga berjaya membanteras beberapa aktiviti penyelewengan barang kawalan dan subsidi meliputi minyak masak dan LPG.

“Ia melibatkan sama ada perpindahan minyak masak bersubsidi peket polibeg satu kilogram (kg) ke botol 2kg, 3kg dan 5kg atau perpindahan LPG bersubsidi daripada tong 14kg ke tong kegunaan industri untuk dijual bagi keuntungan tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sehingga kini, sebanyak 25 buah syarikat telah digantung atau ditarik balik kuota mereka.

“Jenayah sebegini memberi impak yang besar kepada bekalan barangan tersebut di pasaran untuk kegunaan rakyat Malaysia dan di masa yang sama menyebabkan kerajaan menanggung kerugian berjuta ringgit dalam peruntukan subsidi khusus bag meringankan beban kos sara hidup rakyat,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI