fbpx

Tiada pergerakan kenderaan luar biasa di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash Wahid (kanan) melihat papan maklumat ketika meninjau kawasan PKPD Taman Meru 2B, hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Tiada peningkatan luar biasa kenderaan melalui sempadan negeri dan daerah di seluruh negeri ini sejak semalam meskipun kelonggaran pergerakan diberikan kepada individu lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Keadaan trafik terkawal itu menunjukkan kesedaran tinggi dalam kalangan masyarakat yang mengetahui risiko pergerakan tersebut jika tidak mematuhi peraturan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sepanjang tempoh Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Perak bermula 5 Julai lalu, polis menerima 68,464 permohonan rentas sempadan daerah dan negeri. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 66,885 permohonan diluluskan.

“Dalam tempoh sama, kita merekodkan pergerakan 1,176,879 buah kenderaan yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negeri dan 2,312 buah kenderaan telah diarah berpatah balik atas pelbagai kesalahan,” katanya selepas membuat tinjauan di Taman Meru 2B di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Mengulas mengenai pemeriksaan di premis makanan berikutan kelonggaran bagi mereka yang lengkap divaksinasi, beliau memberitahu, tiada laporan berkaitan cubaan mengambil kesempatan di atas kelonggaran tersebut. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI