fbpx

Siti Sarah pernah nasihatkan Iman Troye jumpa pakar psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMAN (kanan) memberitahu Siti Sarah pernah menasihatkan ibunya agar sekali-sekala membawa dirinya bertemu pakar psikiatri sekiranya tertekan selepas menerima kecaman ramai.

PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye mendedahkan Allayharham pernah menasihatkannya untuk selalu bertemu pakar psikiatri bagi mendapatkan nasihat berkaitan mental sekiranya tertekan selepas menerima kecaman hebat netizen.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, memberitahu selepas berakhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019, Allahyarham sering menghubunginya bertanya khabar dan perkembangan kariernya yang baru bermula ketika itu.

“Antara nasihat kak Sarah yang paling Iman ingat ialah sentiasa menjadi diri sendiri serta jangan terikut-ikut dengan cara orang lain. Nasihat tersebut buatkan saya lebih bersemangat untuk berjaya.

“Malah, dia juga nasihatkan ibu saya supaya sekali-sekala membawa saya bertemu dengan pakar psikiatri kerana menjadi anak seni dalam industri hiburan sangat mencabar dan pasti akan rasa tekanan kerana sering dikritik serta dikecam,” kongsinya kepada Kosmo! Online hari ini.

Bercerita lanjut, Iman yang terkenal dengan lagu Teman itu menggambarkan Siti Sarah memiliki keperibadian yang sangat hebat dan sentiasa prihatin dengan orang sekelilingnya termasuklah rakan selebriti.

“Saya sudah menganggapnya sebagai kakak. Dia seorang kakak yang sangat baik dan tidak pernah memandang rendah terhadap kemampuan saya.

“Semua nasihat yang dititipkan olehnya akan saya gunakan dalam perjalanan karier sebagai penyanyi yang baru bermula ini. Saya akan ingat semua memori indah kami bersama selama-lamanya.

“Sangat terkesan dengan pemergiannya namun saya reda kerana percaya Allah SWT lebih menyayanginya,” katanya lagi.

Kongsinya, Siti Sarah juga merupakan antara penyanyi senior yang tidak lokek ilmu serta menyantuninya dengan sangat mesra selain Naim Daniel.

Terdahulu, Iman turut berkongsi video ketika Allahyarham Siti Sarah pernah hadir ke sekolahnya dan membuat kejutan pada hari dia menduduki peperiksaan SPM 2019.

Kelmarin, negara dikejutkan dengan kematian Siti Sarah, 37, yang disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pukul 5.13 pagi.

Siti Sarah Raissuddin, 37, dikejarkan ke hospital berkenaan sejak 4 Ogos selepas tahap oksigen dalam tubuhnya menurun dan ditidurkan sebelum melahirkan Ayash secara pembedahan pada pukul 4 petang Jumaat lalu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI