fbpx

Pasaran pen gel di Malaysia cecah RM43 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fast Gel Z dibangunkan melalui inovatif terkini mampu menghasilkan penulisan sempurna, terang dan tidak comot.

PETALING JAYA – Pasaran alat tulis sedunia dijangka berkembang sebanyak 1.5 kali ganda menjelang tahun 2030.

Berdasarkan laporan Persistence Market Research 2020, kumpulan pelajar merupakan penyumbang terbesar dalam pasaran alat tulis dan pen juga salah satu segmen penting de­ngan mewakili 60 peratus dalam pasaran alat tulis global.

Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia, Andrew Woon berkata, berdasarkan permin­taan yang terus bertambah seiring dengan pertumbuhan pasaran alat tulis yang menggalakkan setiap tahun, syarikat telah memperkenalkan pen gel, Fast Gel Z yang dapat menghasilkan penulisan yang sempurna.

Menurut beliau, pen gel terbaharu itu merupakan segmen perniagaan yang penting bagi Faber-Castell Malaysia kerana berdasarkan kajian oleh sebuah syarikat perunding data terkenal dunia, Kantar memaklumkan bahawa pasaran bagi pen gel domestik pada tahun 2019 telah mencecah RM43 juta.

“Dalam pembuatan Fast Gel Z, Faber-Castell telah mencipta mata pen multi-channelled inovatif yang dipadankan dengan dakwat yang berkelikatan rendah bagi menghasilkan penulisan yang sempurna.

“Gabungan yang inovatif ini juga, membolehkan pen Fast Gel Z memberikan pengalaman penulisan yang tiada pada pen lain di pasaran.

“Teknologi mata pen baharu ini mengurangkan geseran antara kertas dan pen, menghasilkan hasil tulisan yang rata. Dalam ujian perbandi­ngan geseran, Fast Gel Z me­nunjukkan tahap geseran yang pa­ling rendah,” katanya dalam ­ke­nyataan.

Fast Gel Z memberi jaminan bahawa penulisan akan lebih mudah, terang dan garisan yang jelas, tanpa tersekat-sekat dan juga tidak comot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI