fbpx

Bina kubur dalam lubang tanda protes jalan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selain kubur, jalan raya yang rosak itu turut ditanam dengan dua batang pokok pisang. - Instagram @kabar_klaten

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di daerah Klaten dalam wilayah Jawa Tengah gempar apabila berita mengenai sebuah ‘kubur’ yang terletak di tengah-tengah sebatang jalan raya heboh diperkatakan, lapor laman berita Suara.com semalam.

‘Kubur’ tersebut sebenarnya dibina penduduk setempat sebagai tanda protes terhadap pihak berkuasa yang dikatakan tidak pernah membaiki jalan raya yang rosak di situ.

Daripada beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagram, jalan raya yang berlubang teruk itu dilihat terletak di tepi sebuah kawasan sawah padi.

Disebabkan keadaan itu, penduduk setempat membina ‘kubur’ yang lengkap dengan batu nisan serta taburan bunga di tengah-tengah jalan yang berlubang tersebut.

Selain itu, mereka turut menanam dua batang pokok pisang pada bahagian jalan yang rosak tersebut.

“Cara penduduk setempat memprotes. Hari itu mereka menanam pokok pisang, kini digantikan dengan batu nisan,” tulis keterangan pada gambar tersebut.

Hantaran itu menerima pelbagai komen daripada pengguna yang menyokong tindakan penduduk bagi menarik perhatian pihak berkuasa.

“Cantik jalan di Klaten,” sindir seorang pengguna secara sinis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN