fbpx

Aksi GP Styria hampir ragut nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA Pedrosa dan Savadori terbakar selepas terlibat dalam insiden kemalangan pada GP Styria kelmarin. – AFP

SPIELBERG, Austria – Ibarat nyawa di hujung tanduk itulah situasi yang dihadapi pelumba Sepanyol, Dani Pedrosa selepas terlibat dalam insiden kemala­ngan di Grand Prix (GP) Styria di Red Bull Ring kelmarin.

Pedrosa yang kembali dari persaraan sejak meninggalkan saingan MotoGP pada 2018 itu mengakui dirinya bernasib baik terjatuh di selekoh ketiga sebelum dirempuh pelumba Aprilia, Lorenzo Savadori yang menyebabkan kedua-dua jentera itu terbakar.

Pedrosa, 36, yang turun menerusi tiket wildcard bersama KTM tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi Savadori patah pergelangan kaki kanannya selepas tercampak akibat rempuhan tersebut.

“Saingan bermula dengan kelam -kabut dan saya tidak tahu bagaimana saya boleh terbabas. Mungkin saya ada menyentuh garisan tepi atau mungkin tayar masih belum panas kerana saya menggunakan tayar keras.

“Saya cuba untuk mengawal jentera dengan baik ketika mengambil selekoh, namun gagal dan terjatuh di tengah-tengah laluan.

“Secara tiba-tiba Lorenzo melanggar motosikal saya dan dia mengalami kecederaan. Saya mohon maaf. Bagaimanapun, saya sangat bernasib baik.

“Saya belum pernah terjatuh sebegitu sepanjang karier. Jadi, insiden ini membuatkan saya agak terkejut kerana semua pelumba melintasi di kiri dan kanan saya,” katanya.

Savadori dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan dan tidak akan berlumba pada GP Austria.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI