fbpx

Tiada PRK bagi DUN Melor – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan dijalankan untuk mengisi kekosongan luar jangka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Melor, Kelantan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas SPR menerima makluman daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub menerusi surat rasmi bertarikh 8 Ogos lalu.

Ikmalrudin berkata, Speaker Dewan Negeri Kelantan telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

Gambar Allahyarham Dr. Md. Yusnan yang menerima vaksin Covid-19 pada 9 April lalu.

Beliau berkata, berdasarkan Proklamasi Darurat 2021 (P.U.(A)7) yang berkuat kuasa pada 11 Januari sehingga 1 Ogos lalu dan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 (PU(A)12),  peruntukan Perlembagaan mana-mana negeri berhubungan pilihan raya bagi pemilihan ke Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai kesan sepanjang tempoh darurat.

Semalam, SPR menerima pemakluman daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan berhubung dengan status kekosongan luar jangka kerusi DUN N.23 Melor ekoran penyandangnya Dr. Md. Yusnan yang telah meninggal dunia pada 30 April lalu.

Arwah Md. Yusnan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi di kediamannya di Ketereh dipercayai akibat serangan jantung.

Arwah yang juga Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta memenangi DUN Melor pada Pilihan Raya Umum ke-14, dengan majoriti 647 undi. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI