fbpx

Tradisi Barcelona kekal walau tanpa Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPORTA

BARCELONA – Presiden Barcelona, Joan Laporta mengakui beliau tetap mengharapkan kejayaan skuad itu biarpun tiada lagi kelibat Lionel Messi bersama mereka.

Laporta mendedahkan perbualannya bersama ketua pasukan Gerard Pique, Sergio Busquets dan Sergi Roberto bahawa dia tetap mengharapkan kelab itu mampu meneruskan tradisi kejayaan dan semua pemain perlu memikul tanggungjawab berkenaan.

Menurutnya, beliau optimis bahawa Barcelona yang dibimbing oleh Ronald Koeman mampu untuk terus melakar kejayaan bersama pemain-pemain yang ada untuk membawa kelab itu ke satu tahap yang berbeza selepas ini.

“Saya bercakap bersama Pique menerusi telefon (Khamis lalu), ini saat penting dalam sejarah Barcelona. Saya beritahu pemain-pemain bahawa mereka perlu mencipta sejarah baharu bermula sekarang dan perlu kekalkan kemenangan tanpa Messi. Kesemua pemain perlu beri komitmen dan meletakkan profesionalisme di tahap maksimum.

“Sudah tentu kami sedih dengan pemergian Messi, namun mereka (pemain-pemain) profesional dan mengambil peluang ini untuk menunjukkan kehebatan mereka. Kesemua pemain sedar era baharu kini bermula. Kami akan beri segalanya untuk mencapai kejayaan dan kesemua keputusan adalah untuk kebaikan Barcelona,” katanya.

Menurut Laporta, beliau tetap memberi sokongan penuh kepada Koeman dalam menghadapi saat-saat sukar ketika ini.

“Saya ada bercakap dengan Koeman. Dia adalah orang yang tepat untuk membawa kelab melangkah pergi jauh, seorang yang sangat profesional dan cepat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

“Sudah pasti suatu perkara yang sukar untuk menggantikan pemain yang menjaringkan 30 gol semusim buat kelab tetapi saya lihat dia (Koeman) bermotivasi untuk menghadapi era baharu ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI