fbpx

Ramai teka ‘baby girl’, Ayda, Nabil tak kisah jantina anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA dan Nabil akan menimang cahaya mata sulung mereka menjelang Oktober depan.

PETALING JAYA – Berbaki dua bulan sebelum melahirkan anak sulung, penyanyi Ayda Jebat berkata, dia dan suami tidak kisah dengan jantina bayi yang akan dilahirkannya kelak.

Apa yang dimahukan Ayda, 29, dan Nabil cuma yang terbaik untuk bayi mereka serta menginginkan keadaan zuriat itu kelak berada dalam keadaan sihat dan ceria.

“Bayi lelaki atau perempuan, itu tak penting. Kita hanya mahu yang terbaik, bayi sihat dan ceria. Amin,” katanya dalam satu hantaran Instagram semalam.

Dalam hantaran berkenaan, Ayda memuat naik gambarnya bersama Nabil sambil memegang sebiji kek yang dihantar seorang rakan baiknya bernama Ash.

Kek yang berbentuk beg botol susu bayi berkenaan dihiasi dengan dua bekas kek cawan kecil yang berwarna biru dan merah jambu bagi memberi bayangan adakah bayi dalam kandungannya lelaki ataupun perempuan.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat meneka jantina bayi dikandung Ayda ialah perempuan.

“Bayi perempuan. Seri naik kat muka mak dia ni,” tulis seorang netizen.

Pada masa sama, pelantun lagu Parah itu turut menitipkan pesan kepada golongan wanita hamil di luar sana agar sentiasa menjaga diri memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat ketika ini.

Dia juga tidak ketinggalan mengajak peminatnya mendoakan kesembuhan kepada penyanyi Siti Sarah yang kini masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya Jumaat lalu.

“Ibu-ibu hamil di luar sana, tolong jaga diri. Kes Covid-19 makin tinggi. Mari doakan Kak Sarah dan bayinya sihat.

“Untuk ibu dan bayi yang sakit, sihat-sihat selalu hendaknya. Bagi yang mahukan zuriat, semoga dipermudahkan. Insya-Allah,” ujarnya.

Ayda yang mendirikan rumah tangga bersama Nabil pada 1 Januari lalu dijangka melahirkan bayi sulungnya Oktober depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI