fbpx

Lelaki disyaki penagih dadah bakar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu kepada suspek menunjukkan rumah yang didiami anaknya itu musnah dalam kebakaran pada malam semalam.

YAN – Gara-gara lambat diberi pemetik api, seorang lelaki disyaki penagih dadah berang dan bertindak membakar rumahnya di Kampung Selengkoh Tengah di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, suspek berusia 51 tahun didakwa membakar sehelai kain buruk dan memasukkannya ke dalam almari berisi pakaian sehingga mencetuskan kebakaran.

Kejadian mengakibatkan bahagian atas, bilik bawah serta ruang dapur rumah musnah.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan Md. Radzi Abd. Talib berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.18 malam semalam dan berjaya mengawal kebakaran dalam masa hampir 45 minit.

Katanya, sebanyak 70 peratus rumah separuh batu dan kayu itu musnah terbakar dan punca sebenar serta jumah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan suspek yang merupakan penagih tegar ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI