fbpx

Sektor industri perabot alami kerugian RM1.6 bilion 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander Nanta Linggi

PUTRAJAYA – Sektor industri perabot mengalami kerugian sebanyak RM1.6 bilion sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) pada 1 Jun lalu berikutan tidak dibenarkan beroperasi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sektor industri perabot adalah salah satu penyumbang utama kepada ekonomi domestik negara dengan nilai jualan kira-kira RM9.6 bilion pada tahun 2019.

Beliau berkata, kementerian sangat prihatin dan mengambil maklum isu-isu yang dibangkitkan oleh sektor industri perabot dan akan memperhalusi setiap cadangan yang dikemukakan sebelum dibawa ke mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kementerian juga menerima maklum balas serta cadangan berkaitan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP), kadar vaksinasi pekerja dan pembukaan semula sektor industri perabot di bawah Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Alexander menekankan kepentingan untuk semua pemain industri sektor perabot bersiap sedia lebih awal sebelum pembukaan semula aktiviti ekonomi sepenuhnya dengan memastikan semua pekerja telah divaksinasi dan semua SOP dipatuhi.

“Pihak kementerian juga menawarkan supaya semua pekerja sektor ini mendaftar dan mendapatkan vaksinasi seberapa segera melalui Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVac) yang sedang dilaksanakan oleh KPDNHEP,” katanya.

Terdahulu, Alexander mengadakan satu sesi libat urus bersama pemain industri yang antara lain diwakili oleh Malaysian Furniture Council, Kuala Lumpur and Selangor Furniture Association, Johor Bahru Furniture Association, Pahang Furniture Manufacturers and Traders Association dan syarikat-syarikat utama perabot di seluruh negara semalam. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI