fbpx

PSG cari akal ikat Messi, kekal Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (kanan) dan Neymar antara pemain yang sudah memiliki pendapatan yang tinggi bersama PSG ketika ini. - AFP

 

PARIS – Kelab gergasi Paris Saint-Germain (PSG) sedang mengkaji ‘helah’ terbaik untuk menandatangani khidmat pemain sensasi Argentina, Lionel Messi tanpa menggadai tonggak utama pasukan, Kylian Mbappe.

Difahamkan, PSG antara pasukan pertama yang berusaha untuk merisik khidmat Messi selepas pemain berusia 34 tahun itu bergelar ejen bebas apabila tidak mencapai kata sepakat dengan Barcelona mengenai lanjutan kontrak yang ditawarkan.

Malah, ejen kepada Messi yang juga ayah kandungnya, Jorge Messi sudah pun menghubungi pengurusan PSG sekiranya berminat untuk menandatangani khidmat anaknya dalam masa terdekat.

Messi pula sememangnya tidak mempunyai masalah untuk menyarung jersi PSG kerana memiliki hubungan yang cukup akrab dengan dua tonggak utama pasukan itu, Neymar dan Angel di Maria.

Namun, jawapan yang diberikan oleh PSG masih lagi 50-50 memandangkan mereka terikat dengan hutang yang tinggi selain tidak mahu melanggar Peraturan Kewangan Adil (FFP) yang ditetapkan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Salah satu penyelesaian yang ada jika PSG serius menandatangani khidmat Messi adalah perlu menggadaikan penyerang muda pasukan, Mbappe yang memiliki nilai pasaran sebanyak €175 juta (RM871.6 juta).

Hanya ada satu pasukan yang menyatakan minat dan mampu untuk menandatangani khidmat Mbappe pada jendela perpindahan kali ini iaitu Real Madrid dan kelab itu hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada PSG.

Kelab kendalian Mauricio Pochettino itu telah menandatangani khidmat Georginio Wijnaldum, Sergio Ramos dan Gianluigi Donnarumma secara percuma selain mengeluarkan dana sebanyak €60 juta (RM298.7 juta) untuk membeli Achraf Hakimi dari kelab Inter Milan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI