fbpx

Han So-hee mahu berhenti berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAN SO-HEE

AKTRES jelita Kotea Selatan, Han So-hee, 27, baru-baru ini mengesahkan pengunduran diri daripada dunia lakonan dek kerana masalah kesihatan yang dialami.

Bagaimanapun, dia hanya berniat untuk berehat buat sementara waktu dan bukannya mahu bersara buat selamanya selain akan berlakon seperti biasa selepas ini.

“Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa pelakon Han So-hee telah mengundurkan diri daripada filem Gentleman.

“Dalam mengharungi jadualnya yang padat, dia telah berbincang secara mendalam dengan pihak produksi filem dan mempunyai keinginan untuk membintangi Gentleman pada awalnya.

“Tetapi disebabkan nasihat doktor agar dia berehat disebabkan masalah keletihan melampau, dia memilih untuk menarik diri daripada terus menjayakan filem tersebut,” tulis agensi penaungnya.

Tambah agensi itu, bintang yang terkenal dengan siri Money Flower itu akan fokus dengan rawatan dan memperbaiki kesihatannya buat masa ini. Dia bakal menemui peminat dengan imej yang lebih ceria dan sihat menerusi projek baharu pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI