fbpx

FMCCAM rugi RM300 juta, berisiko gulung tikar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (berbaju merah jambu) mempengerusikan sesi libat urus secara dalam talian dengan FMCCAM, hari ini.

PUTRAJAYA – Sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan 4,600 ahli Gabungan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) berisiko gulung tikar sebelum tahun depan ekoran kerugian besar mencecah RM300 juta yang perlu ditanggung mereka.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pihak kementerian menyedari masalah yang dihadapi dan akan mengemukakan maklum balas persatuan untuk dibincangkan di Kabinet.

“Pihak kementerian sedar bahawa jumlah kes positif harian masih ditahap tinggi, namun pengusaha perniagaan dan rantaian bekalan yang telah menerima vaksin sepenuhnya juga sudah ‘penat’ untuk melalui keadaan ini.

“Bukan hanya industri automotif tetapi seluruh rantaian bekalannya perlu dibuka semula daripada bilik pameran hingga ke kilang-kilang yang memasang bahagian dan komponen untuk unit penjualan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Terdahulu Ka Siong mempengerusikan perjumpaan dalam talian dengan beberapa persatuan yang berurusan dengan penjualan kenderaan bermotor baharu dan terpakai bagi mendengar maklum balas mereka tentang bagaimana kerajaan harus membuka semula perniagaan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan datang.

Hadir sama dalam perbincangan itu ialah Presiden FMCCAM, Datuk Tony Khor dan Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad.

Turut serta ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, walaupun kerajaan membenarkan sektor-sektor itu beroperasi dalam Fasa 2 dan Fasa 3 PPN, pemain industri perlu memastikan bahawa setiap pekerja dan pelanggan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI