fbpx

Annuar bantu Fendy sewa rumah PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar menyerahkan dokumen berkaitan kepada Fendy hari ini.

PETALING JAYA – Permohonan ahli kumpulan Caliph Busker, Fendy Adlun untuk menyewa di salah sebuah rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akhirnya berjaya setelah dia dibantu sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Menerusi ciapan di Twitter, Annuar berkata, dia berjumpa dengan Fendy dan anaknya, Nur Azalea Zafirah, 6, yang merupakan seorang orang kelainan upaya (OKU) hari ini.

“Saya jumpa Fendy dan anaknya. Saya kira dia seorang yang gigih walaupun dia dan anaknya OKU, dia amat cekal. Dia mohon rumah DBKL pada 8 Oktober 2014 lagi.

“Saya bersyukur berpeluang menolong beliau dapatkan rumah di PPR Taman Mulia. Duduk percuma setahun, saya bayar sewanya,” ciapnya hari ini.

Pada 9 Julai lalu, video dimuat naik Fendy di Facebook tular, yang mana dia memohon Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar memudahkan permohonannya mendapatkan rumah mampu milik DBKL.

Pendapatan Fendy terjejas teruk ekoran penularan Covid-19 sehingga menyebabkannya sukar membayar sewa rumah dan menanggung keluarganya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI