fbpx

15 termasuk penjawat awam leka berparti ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada individu yang ditahan kerana terlibat dengan aktiviti parti liar awal pagi tadi. - Foto IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Seramai 15 individu termasuk seorang penjawat awam yang sedang leka berhibur dikejutkan dengan kehadiran pihak polis dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Ceylon, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan pada pukul 1 pagi itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) serta Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi susulan maklumat dan risikan yang dilakukan.

“Ketika serbuan dilakukan, pihak polis mendapati seramai 15 individu yang terdiri daripada sembilan wanita dan enam lelaki berusia 17 hingga 45 tahun sedang berkumpul bagi mengadakan parti liar.

“Pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai kesan penggunaan dadah, peralatan audio dan lampu disko, malah ujian air kencing yang dilakukan juga mendapati, seramai 11 daripada mereka iaitu tiga lelaki dan lapan perempuan adalah positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek juga didapati melakukan kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana melakukan aktiviti sosial dan akan direman sehingga 7 Ogos bagi membantu siasatan.

“Kesemua tangkapan warga tempatan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana terlibat dengan aktiviti sosial,” tegas beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI