fbpx

Selepas bapa, Irwansyah kini kehilangan ibu akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Irwansyah kehilangan ibu dan bapanya akibat virus Covid-19.

JAKARTA – Ibu kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Irwansyah, Herlianah menghembuskan nafas terakhir hari ini setelah sekian lama dijangkiti wabak Covid-19.

Khabar duka tersebut dimaklumkan isteri Irwansyah, Zaskia Sungkar menerusi InstaStorynya sebentar tadi.

“Kumpul di syurga Insya-Allah ya Ma. Allahummagfir laha warham ha wa’aafi ha wa’fu anha,” tulisnya.

Dalam pada itu, Irwansyah menerusi saluran Youtube The Sungkars Family memberitahu Herlianah yang sebelum ini koma sempat sedarkan diri ketika diperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran.

“Ketika diperdengarkan bacaan al-Quran, tiba-tiba mama bangun membuka matanya. Mama memberi isyarat mengatakan yang dia masih hidup,” katanya.

Julai lalu, Herlianah dilaporkan kritikal selepas lima hari dijangkiti Covid-19.

Terdahulu, Irwansyah yang popular menerusi lagu Pencinta Wanita itu kehilangan bapanya, Umar Effendi pada Julai lalu akibat Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI