fbpx

PTP disenarai 20 pelabuhan terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PTP terkenal di pasaran global kerana mencatat kadar pertumbuhan yang konsisten meskipun pandemik Covid-19 memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

ISKANDAR PUTERI – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dijangka mencatat pertumbuhan dua digit pada tahun ini berdasarkan rekod cemerlang yang dicatatnya iaitu 8.5 peratus pada tahun 2020.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pada tahun ini, kendalian pelabuhan tersebut adalah kira-kira 11 juta unit bersamaan 20 kaki (TEUs) berbanding 9.8 juta TEUs pada tahun lalu.

“Berdasarkan prestasi yang ditunjukkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, peningkatan dua digit bakal disaksikan menjelang hujung tahun,” kata­nya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Vaksinasi Industri PTP di sini semalam.

Ka Siong menjelaskan, PTP merupakan satu-satunya pelabuhan yang tersenarai dalam 20 Pelabuhan Terbaik Dunia mencatat peningkatan dalam kedudukan bagi tahun 2020.

Kejayaan ini adalah satu prestasi yang membanggakan walaupun dalam tempoh seluruh dunia sedang mengalami masalah akibat pandemik Covid-19.

“Meskipun pandemik, PTP mencatat kadar pertumbuhan menggalakkan iaitu 8.5 peratus, kadar pertumbuhan tertinggi berdasarkan senarai 20 Pelabuhan Terbaik Dunia tahun lalu.

“Ini akan membantu kita ber­saing bukan sahaja dengan pelabuhan serantau, tetapi juga melakar sejarah memandangkan tahun lalu kita menduduki tempat ke-15. Pelabuhan Klang dise­naraikan di tanggga ke 12,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan selain China, Malaysia merupakan satu-satunya negara Asia yang mempunyai dua pelabuhan dalam senarai berkenaan.

Pelabuhan merupakan antara sektor industri yang tidak dihentikan operasinya sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI