fbpx

7,405 ladang tanaman peroleh persijilan MyGAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah ketika berucap pada Majlis Pelancaran MyGAP Tanaman Bukan Makanan yang diadakan secara maya hari ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 7,405 ladang tanaman makanan termasuk padi, sayur dan buah berkeluasan keseluruhan 33,553 hektar telah memperoleh persijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) setakat Julai lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, penerima sijil myGAP pada tahun 2020 menunjukkan peningkatan sebanyak 135 peratus iaitu seramai 1,671 penerima berbanding 710 pada tahun 2018.

“Statistik ini menunjukkan tahap kesedaran petani tentang kepentingan myGAP telah meningkat terutamanya keperluan myGAP untuk mendapat akses ke pasaran antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran MyGAP Tanaman Bukan Makanan yang diadakan secara maya hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Mohd. Nasir Warris dan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan dan Regulatori), Datuk Zahimi Hassan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI