fbpx

KPDNHEP sekat kes seleweng LPG bernilai RM48 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktiviti penguatkuasaan decanting melibatkan sitaan LPG di Seri Kembangan, Selangor dan Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Penguatkuasaan pengubahan wang haram secara serius melibatkan penyelewengan barang kawalan bersubsidi Gas Petroleum cecair (LPG) berjaya dibanteras melibatkan nilai pembekuan sebanyak RM48 juta.

Angka itu membabitkan 16 kes sejak dari tahun 2016 sehingga hari ini yang turut melibatkan nilai penyitaan RM21.5 juta manakala pelucuthakan hasil pengubahan wang haram bernilai RM1.1 juta

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, kejayaan terbabit melibatkan usaha serius berterusan ke atas aktiviti penyelewengan pemindahan LPG dari tong 14 kilogram (kg) iaitu bersubsidi kegunaan domestik kepada tong LPG 50 kg kegunaan industri dipanggil ‘decanting’.

Beliau berkata, kementerian telah menguatkuasakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 atau Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activity Act (AMLATFPUAA) 2001.

“Akta AMLATFPUAA 2001 merupakan tindakan tegas Kerajaan terhadap pihak yang menjalankan aktiviti perdagangan tidak mengikut undang-undang dan memanipulasi keuntungan yang diperoleh hasil daripada aktiviti perdagangan tidak sah.

“Penguatkuasaan pengubahan wang haram ini memfokuskan kepada kes-kes profil tinggi seperti perlindungan harta intelek, penyelewengan barang kawalan melibatkan LPG, minyak masak, diesel dan petrol serta aktiviti jualan langsung atau skim piramid yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI