fbpx

Brazil mara ke final Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRAZIL menempah slot final pada saingan Olimpik selepas menundukkan Mexico menerusi penentuan sepakan penalti. - AFP

BRAZIL kini selangkah sahaja lagi untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak lelaki di pentas Sukan Olimpik selepas mara ke pentas final edisi Tokyo 2020.

The Selecao mara dengan kemenangan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Mexico selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam tempoh 120 minit pada aksi separuh akhir di Stadium Ibaraki Kashima sebentar tadi.

Empat penjaring sepakan penalti Brazil dalam aksi itu adalah menerusi Dani Alves, Gabriel Martinelli, Bruno Guimaraes dan Reiner.

Mexico pula terpaksa menerima hakikat hanya mampu menyempurnakan satu sepakan penalti melalui Carlos Alberto Rodriguez selepas dua pengambil, Eduardo Aguirre dan Johan Vasquez gagal menyudahkannya.

Sebagai rekod, Brazil muncul juara edisi Rio 2016 selepas menewaskan Jerman 5-4, juga menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI