fbpx

Takiyuddin dijangka keluar hospital dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin

PETALING JAYA – Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan jantung dan dijangka akan dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi satu kemaskini di laman Facebook memaklumkan perkara itu dan turut memohon agar dipanjangkan doa supaya Takiyuddin kembali sembuh sepenuhnya.

“Saya telah menghubungi Datuk Seri Takiyuddin dan alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pemeriksaan dan beliau turut maklumkan bahawa doktor telah siap memasang ‘sten’ pada saluran yang tersumbat.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dan beliau dijangka akan keluar (dari hospital) dalam sehari dua ini. Teruskan berdoa agar beliau cepat sembuh sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, Takiyuddin yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Lembah Klang sejak Jumaat lalu akibat komplikasi jantung. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI