fbpx

‘Roh apa masuk dalam badan’, Melodi pertama Abil dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN sulung Nabila Huda atau Abil dalam Melodi curi perhatian.

PETALING JAYA – Episod terkini rancangan sensasi Melodi yang bersiaran sebentar tadi buat kali pertama menampilkan kemunculan aktres Nabila Huda memulakan tugasnya selaku hos baharu.

Nabila atau mesra disapa Abil, 37, tampil mengendalikan program berkenaan yang bersiaran secara maya tepat pukul 12.30 tengah hari tadi.

Bukan sekadar persembahan pengacaraan terbaik yang dilakukan Nabila, malah pelakon itu turut memberikan usaha lebih terhadap penampilannya dengan menggunakan perkhidmatan pasukan sendiri terdiri daripada jurusolek dan jurugaya terkenal.

Di sebalik keterujaannya mengacara program tersebut, Nabila memohon maaf andai terdapat sebarang kekurangan ketika kemunculan perdananya sebentar tadi.

“Terima kasih semua kerana menonton @meloditv3! Kalau ada tersasul, minta maaf ya. Bagi peluang lah, baru episod pertama.

“Kita tunggu dan lihat roh apa yang masuk dalam badan ‘she’ (gelaran untuk dirinya) minggu depan,” selorohnya.

Kemunculan Nabila yang menggantikan dua hos terdahulu iaitu Awal Ashaari dan Janna Nick menuai pujian ramai peminat termasuk rakan-rakan selebriti lain.

Pujian diberikan kepada anak kepada penyanyi Amy Search itu kerana berjaya mengendalikan program Melodi dengan sangat baik meskipun pada hari pertama bersiaran.

“Sangat bagus. Awak memang sempurna untuk pengacaraan,” tulis pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina.

Posisi Nabila selaku hos baharu program Melodi merupakan antara transformasi besar-besaran dilakukan stesen televisyen Media Prima Berhad termasuk dua rancangan lain iaitu Nona dan Muzik Muzik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI