fbpx

Tidak sempat seludup 23.5 kg sarang burung walet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian sarang burung walet yang dirampas di pangkalan haram Limau Purut, Rantau Panjang kelmarin. FOTO : Ihsan PGA

RANTAU PANJANG – Sekumpulan penyeludup hanya mampu meninggalkan kotak mengandungi sarang burung walet bernilai RM188,000 selepas kegiatan mereka itu dihidu oleh anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Limau Purut di sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, sebelum serbuan dijalankan, sepasukan anggota PGA melihat sekumpulan lelaki sedang memunggah kotak-kotak di kawasan itu kira-kira pukul 2.30 pagi.

Menurutnya, apabila menyedari kehadiran anggota PGA, mereka telah bertindak meninggalkan kotak-kotak itu sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal.

“Pemeriksaan terhadap kotak berwarna kuning itu mendapati ia mengandungi 23.5 kilogram sarang burung walet.

“Siasatan mendapati, permintaan tinggi terhadap sarang burung walet menyebabkan sindiket penyeludup berani membawa masuk bahan mentah itu ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Azizan memberitahu, kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Maqis 2011. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI