fbpx

Kumpulan baju hitam berkumpul di Dataran Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada peserta mula berkumpul di kawasan berhampiran Dataran Merdeka sejak pukul 10 pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 50 individu lengkap berpakaian serba hitam dilihat mula berkumpul di kawasan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek di ibu negara sejak pukul 10 pagi tadi.

Difahamkan, kumpulan berkenaan hadir bagi menyertai himpunan mendesak seluruh menteri kabinet meletak jawatan.

Kumpulan berkenaan juga dilihat membawa bendera hitam malah ada diantara mereka turut memakai topi keselamatan berwarna putih dan merah.

Pasukan polis turut dilihat berada di lokasi bagi membuat kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi tadi.

Tinjauan mendapati, kumpulan berkenaan cuba untuk berarak ke Dataran Merdeka bagaimanapun terdapat anggota polis yang berkawal di kawasan tersebut bagi mengelakkan ia berlaku.

Perhimpunan itu dirancang diadakan di Dataran Merdeka malah kumpulan berkenaan turut menyeru agar orang ramai menyertai mereka. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI