fbpx

Caprice ingin ajar rakyat Palestin bisnes online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice

PETALING JAYA – Tekadnya untuk membawa perubahan ke bumi Palestin tidak pernah pudar walaupun dihujani 1,001 kecaman daripada netizen.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, menerusi satu hantaran Instagramnya memberitahu salah satu misi yang hendak dibawa ke Palestin ialah untuk membantu mengubah ekonomi rakyat negara tersebut.

“Salah satu misi saya di Palestin ialah membantu sesetengah keluarga bagi mencari atau membina produk baharu, membentuk bisnes online dengan mengaplikasikan cara saya menjalankan perniagaan dalam talian seperti di Malaysia.

“Kita akan cipta satu jenama untuk mereka, mengajar setiap keluarga dan menyerahkan produk ini untuk mereka jalankan sendiri. Insya-Allah semua itu akan membantu meningkatkan sumber kewangan dan ekonomi Palestin,” tulis aktivis sensasi itu dalam entri tersebut.

Difahamkan, Caprice masih berada di Mesir untuk meneruskan misi ke Gaza yang masih belum kesampaian.

Pelantun lagu Baby Sayang itu telah terbang ke Mesir pada bulan lalu bagi menyempurnakan misi kemanusiaan hasil gabungan dengan 16 ahli misi HM4P yang diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Untuk rekod, nama Caprice meledak selepas mencetuskan kontroversi apabila membuat beberapa dakwaan terhadap pendakwah, Ebit Lew berhubung misi bantuan ke Gaza baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI