fbpx

Nenek Caprice meninggal dunia, gagal tunai janji bawa pulang isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINGGAL kenangan. Caprice ketika bersama arwah neneknya.

PETALING JAYA – Satu demi satu ujian hidup yang menghujani penyanyi rap sensasi Caprice sejak akhir- akhir ini.

Hari ini, dia berkongsi khabar duka memaklumkan neneknya telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Ariz Ramli tidak berkongsi lanjut mengenai punca kematian neneknya itu.

Paling duka, Caprice memberitahu dia pernah berjanji kepada arwah neneknya untuk membawa pulang isteri dan cucu satu hari nanti, namun semuanya tidak kesampaian.

“Pagi tadi semasa solat Subuh saya dikhabarkan berita kehilangan nenek. Impian dan janji saya untuk membawanya menetap di bersama ibu bapa saya di Kuala Lumpur juga musnah.

“Saya juga tidak dapat melunaskan janji untuk membawa pulang pasangan hidup dan cucu untuknya,” katanya dalam satu entri Instagram hari ini.

Ujarnya yang juga seorang aktivis terkenal, dia mengakui sangat kecewa kerana tidak berjaya untuk merealisasikan semua janjinya itu.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat menyempurnakan janji dan berada bersama dengan nenek ketika ini,” katanya.

Untuk rekod, Caprice telah berangkat ke Palestine pada 24 Jun lalu melaporkan Caprice berangkat ke Mesir bagi menjayakan Misi Kemanusiaan Untuk Palestin (HM4P), hasil gabungan 16 ahli diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sehingga kini, dia masih berada di Kaherah, Mesir bagi meneruskan misi kemanusiaan dan jihad walaupun secara seorang diri.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI