fbpx
ROGLIC meraih pingat emas dalam acara ujian masa sekali gus mengubati kekecewaan apabila terpaksa menarik diri di TdF akibat kemalangan. – AFP

Roglic raih emas ubati kecewa di TdF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Jaguh berbasikal Slovenia, Primoz Roglic mengubat kekecewaan semasa menyertai Tour de France (TdF) 2021 apabila me­rangkul pingat emas menerusi acara ujian masa pada Sukan Olim­pik Tokyo 2020 kelmarin.

Pada saingan TdF yang berlangsung bulan lalu, Roglic terpaksa menarik diri ketika saingan memasuki pe­ringkat kesembilan akibat kecederaan yang dialami selepas terlibat dalam kemalangan di peringkat ketiga.

Justeru, dia yang juga bekas juara Giro d’Italia me­ngakui gembira de­ngan kemenangan itu ke­rana sudah be­kerja keras bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi Sukan Olimpik.

“Satu perasaan yang sa­ngat hebat. Pingat ini sangat
can­tik dan agak berat, saya gem­bira kerana kerja keras selama ini berjaya membuahkan hasil. Saya akui saingan sangat sukar di sini.

“Meskipun berdepan ba­nyak dugaan sebelum ini, namun saya tetap tenang dan cuba tampilkan aksi terbaik. Saya adalah Primoz (Roglic) dan tidak ada yang mustahil,” katanya.

Tambah pelumba berusia 32 tahun itu, sebaik acara bermula, dia hanya fokus untuk menamatkan saingan tersebut kerana tidak mele­takkan sebarang sasaran pada saingan kali ini.

“Secara jujur, sa­ya hanya cuba berikan yang terbaik kerana tidak letak sasaran pingat emas. Bagaimanapun, saya kerah segala keri­­ngat sejak awal hingga ke garisan penamat,” ujarnya. – AGENSI

POPULAR

BERITA BERKAITAN