fbpx

Penduduk terkejut lihat asap dari rumah flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran mengakibatkan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70 peratus namun tiada mangsa yang dilaporkan cedera.- Foto MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR – Penduduk di Blok 15 Flat Wangsa Maju, Seksyen 10 di sini dikejutkan dengan kemunculan kepulan asap dari sebuah unit rumah di tingkat tiga bangunan tersebut yang dijilat api hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 12.36 tengah hari sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

“Seramai 34 anggota lain-lain pangkat berserta tiga buah jentera telah dikejarkan ke lokasi kebakaran dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat juga Hang Tuah bagi melakukan kerja-kerja pemadaman.

“Anggota bertugas yang tiba di lokasi kemudiannya mendapati kebakaran melibatkan sebuah unit rumah di tingkat tiga bangunan tersebut di bahagian ruang tamu serta dapur,” katanya.

Tambah kenyataan itu, unit berkenaan musnah 70 peratus akibat kebakaran bagaimanapun kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa.

“Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 1.20 tengah hari manakala operasi ditamatkan pada pukul 2.11 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI